Terma & Syarat
Qinema Homestay
Terma & Syarat Penginapan
Selamat datang ke Qinema Homestay!
Para tetamu yang dihargai,
Kami ingin memastikan anda menikmati pengalaman yang selesa dan selamat sepanjang penginapan anda. Oleh itu, kami telah menyediakan beberapa garis panduan untuk memastikan setiap detik anda di sini dipenuhi ketenangan dan kenangan yang manis.
Kepuasan Tetamu
Kepuasan tetamu adalah keutamaan kami. Kami berdiri teguh di atas kualiti perkhidmatan kami dan akan memastikan segala isu dapat diselesaikan sebaik mungkin sekiranya anda tidak berpuas hati dengan tempahan anda. Kami percaya bahawa kami dapat bekerjasama dengan tetamu kami untuk menjadikan setiap tempahan anda sebagai pengalaman yang positif.
Tempahan, Pindaan dan Pembatalan oleh Tetamu
- Semua tempahan adalah tertakluk kepada kekosongan.
- Sila ambil perhatian bahawa tetamu perlu menjelaskan bayaran deposit yang dipersetujui bersama semasa tempahan dibuat.
- Bayaran deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan tempahan penginapan dilakukan dalam tempoh kurang daripada 48 jam sebelum tarikh daftar masuk.
- Resit pembayaran akan dihantar melalui e-mel selepas pengesahan tempahan dilakukan.
- Bayaran deposit akan dikembalikan selepas proses daftar keluar tetamu telah selesai sepenuhnya.
Ketibaan, Waktu Daftar Masuk & Daftar Keluar
- Tetamu dikehendaki menghubungi pihak pengurusan Qinema Homestay bagi mendapatkan panduan untuk memasuki penginapan sebaik sahaja atau sebelum tibanya ke destinasi penginapan.
- Waktu daftar masuk tetamu ke penginapan adalah bermula pada jam 3.00 petang.
- Dan waktu daftar keluar tetamu dari penginapan adalah sebelum jam 12.00 tengah hari.
- Waktu daftar masuk awal atau daftar keluar lewat tetamu adalah tertakluk kepada ketersediaan dan caj tambahan yang akan dikenakan.
Etika Tetamu
- Tetamu bertanggungjawab ke atas kelakuan sendiri sepanjang menginap di Qinema Homestay.
- Kami menasihati para tetamu supaya sentiasa menjaga ketenteraman dan tidak mengganggu kejiranan persekitaran.
Keselamatan & Tanggungjawab
- Tetamu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan dan penjagaan barangan peribadi sendiri sepanjang menginap di penginapan kami.
- Qinema Homestay tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan barangan peribadi milik tetamu.
- Tetamu perlu memastikan tingkap dan pintu ditutup serta dikunci sebelum keluar daripada penginapan.
Kerosakan Barangan Homestay
- Sebarang kerosakan harta benda penginapan perlu dilaporkan segera kepada pihak pengurusan kami.
- Tetamu bertanggungjawab untuk membayar kos pembaikan atau penggantian barangan / harta benda penginapan yang rosak akibat daripada kecuaian tetamu.
Kebersihan AM
- Qinema Homestay hendaklah dikekalkan dalam keadaan bersih dan teratur sepanjang masa.
- Pihak pengurusan tidak diwajibkan untuk membersihkan homestay sepanjang penginapan tetamu.
- Tetamu dilarang membuang sampah ke dalam mangkuk tandas atau di tempat lain yang tidak bersesuaian. Sila pastikan sampah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
Barang Larangan
- Aktiviti yang melibatkan dadah, alkohol berlebihan, bahan letupan, senjata, bahan mudah terbakar, bahan berbau kuat dan tidak menyenangkan serta sebarang perbuatan jenayah adalah dilarang sama sekali di Qinema Homestay.
- Pihak pengurusan berhak untuk meminta tetamu keluar serta-merta tanpa pemulangan apa-apa bayaran sekiranya berlaku perlanggaran terma ini.
Larangan Merokok
- Tetamu tidak dibenarkan sama sekali merokok di dalam penginapan.
Keselamatan Kanak-Kanak
- Semua kanak-kanak (individu berumur di bawah 16 tahun) hendaklah sentiasa berada di bawah pengawasan ibu bapa setiap masa.
- Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan bayi atau kanak-kanak sepanjang penginapan tetamu di Qinema Homestay.
Haiwan Peliharaan
- Haiwan peliharaan tidak dibenarkan sama sekali di bawa masuk ke dalam homestay.
- Tetamu tidak dibenarkan membawa masuk sebarang haiwan samada yang masih hidup atau pun yang telah mati.
Penggunaan Fasiliti
- Semua kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan tetamu sepanjang penginapan di Qinema Homestay sahaja.
- Tetamu hendaklah menggunakan fasiliti dengan berhemah dan menjaga kebersihan.
Penafian
- Pihak pengurusan Qinema Homestay berhak untuk mengubah terma & syarat ini pada bila-bila masa tanpa mengeluarkan sebarang notis terlebih dahulu.
Dengan membuat tempahan dan menginap di Qinema Homestay, anda dianggap telah bersetuju dengan semua terma & syarat seperti yang dinyatakan di atas.
Terima kasih dan selamat menginap di Qinema Homestay!
Pihak Pengurusan,
