Tentang Kami
Rehat Seketika di Samping Keselesaan Menanti Anda
Ingin lari sebentar dari kesibukan di kota tetapi tetap mahukan keselesaan seperti di rumah sendiri?
Nikmati pengalaman anda menginap di Qinema Homestay, sebuah rumah penginapan yang berkonsepkan kontemporari moden dan menyediakan keselesaan buat anda seperti berada di rumah sendiri.
Terletak berhampiran Pantai Kelulut dan Pantai Kekabu, Marang, Terengganu yang merupakan di antara pantai yang semakin menjadi tumpuan pelancong di Terengganu, destinasi ini menjanjikan kedamaian, angin laut yang menyegarkan, dan suasana kampung yang mendamaikan.
Walaupun ringkas, setiap ruang direka untuk memenuhi keselesaan anda – katil empuk, kelengkapan moden, dan suasana desa yang menenangkan. Sama ada untuk percutian keluarga atau persinggahan seketika, rumah penginapan ini menawarkan keseimbangan sempurna antara tradisi dan keselesaan masa kini.
Visi
Menjadi homestay pilihan utama di Marang, Terengganu yang menawarkan pengalaman penginapan kampung moden, selesa, dan penuh ketenangan di persisiran pantai.
Misi
Menawarkan pengalaman penginapan yang selesa dengan kemudahan moden dalam suasana kampung yang mendamaikan.
Menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan untuk memastikan kepuasan dan keselesaan setiap tetamu.
Mengharmonikan elemen tradisi dan moden untuk memberi pengalaman penginapan yang unik dan berkualiti.
Mempromosikan keindahan semula jadi Pantai Kekabu dan Pantai Kelulut sebagai tarikan pelancongan tempatan.
Menjamin kebersihan dan keselesaan sebagai keutamaan untuk semua pengunjung.
Pengalaman Penginapan di Qinema Homestay
“Overall”
“Excellent staff”
“Cantik ruang tamu…boleh bergambar dengan family”
“Homestay comfortable”
“Short stay”
“Berbaloi”
